Arshad Ayub

Tan Sri Haji Arshad Ayub (dilahirkan pada 15 November 1928 di Muar, Johor Darul Takzim) adalah seorang pendidik di Malaysia. Pada 20 Julai 2012, beliau dianugerahkan 'Bintang Pribumi Perkasa Negara' dan dinobatkan sebagai 'Bapa Modal Insan Pribumi Negara' oleh NGO Perkasa. Beliau pernah menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya dan Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA.Arshad berpengalaman luas dalam pentadbiran awam di negara ini dengan memegang jawatan-jawatan penting dalam pelbagai jabatan kerajaan mahupun kementerian. Antaranya sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara pada 9 Mac 1975 hingga 1977.

Arshad Ayub

Lahir (1928-11-15) 15 November 1928 (umurĀ 91)
Muar. Johor
Pasangan Puan Sri Zaleha Mohd. Arshad